Salim SKMM
Fahmi Fadzil (kanan) dan Mohamad Salim Fateh Din. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh dua tahun mulai esok.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

“Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi 3 peratus kawasan berpenduduk yang masih belum punyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta menjadi ‘Pengerusi Interim’ SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast