Dominic Lau Hoe Chai.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan sedang meneliti senarai 50 nama yang dikemukakan pengerusi parti itu di enam negeri untuk diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, kesemua bakal calon berkenaan perlu melalui tapisan dan penilaian teliti bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar layak dan mampu memberi kemenangan.

Beliau berkata, nama mereka yang terpilih kemudian akan diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk dimuktamadkan.

“Gerakan mempunyai jawatankuasa penilaian calon untuk PRN yang berperanan bagi membuat tapisan dan seterusnya memberikan latihan yang progresif kepada mereka (bakal calon) sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada 19 Februari lepas, Dominic yang juga Timbalan Pengerusi PN meminta semua pengerusi Gerakan di enam negeri terbabit untuk menyerahkan senarai calon kepada parti selewat-lewatnya 28 Feb untuk tapisan dan penilaian.

Mengenai rundingan agihan kerusi dalam PN, Dominic yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang berkata ia masih dalam perbincangan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni parti yg mcm Pejuang kalah semua masa PRU tu kaaa? Skrg ni duk jilat PAS nak hidup? Melayu tak nak undi ko..Cina pun tak nak ko..kat kawasan bercampur mcm kat Alor Star pun PN tak nak ko jadi calon…kerja ko jd tukang make up PAS..supaya nampak ala2 berbilang kaum…tu je la yg ko layak…

Comments are closed.