Keadaan anak monyet yang meninggal dunia akibat didera suspek sebelum video ditularkan di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang moderator kandungan Tiktok yang disiasat kerana menganiya sesekor anak monyet sehingga mati pada Januari lalu akan diheret ke mahkamah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada orang awam berhubung perbuatan lelaki itu kira-kira jam 111.25 pagi pada 20 Januari lalu.

Pengadu mendakwa suspek dalam video itu telah penderaan dengan memukul, mencacatkan anggota badan serta membakar bahagian kaki dan tangan seekor anak monyet menyebabkan ia mati.

“Polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman yang beralamat di kawasan Setia Alam, Shah Alam dan menemui suspek bersama beberapa perkakas dan peralatan serta sebuah telefon bimbit yang mengandungi gambar anak monyet yang didera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis telah membawa suspek, 37, ke balai polis dan selesai merakam percakapan dan merampas telefonnya untuk membantu siasatan lanjut polis.

Malah, empat saksi sudah dipanggil.

Ujar beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Mohd Iqbal berkata, polis sudah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara pada 23 Februari lalu supaya siasatan diteruskan untuk mendapatkan laporan hasil analisa daripada pihak forensik bagi telefon bimbit milik suspek yang dirampas,” katanya.

Ujar beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Jelas Mohd Iqbal, kes ini sentiasa menjadi keutamaan pihak polis dan bukan sambil lewa seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kes ini disiasat secara terperinci melibatkan semua aspek dan tidak timbul sebarang isu berkaitan dakwaan ia tidak menjadi perhatian pihak polis.

“Pertuduhan ke atas suspek terlibat di mahkamah akan dijalankan dan proses ke arah pendakwaan itu akan dipercepatkan selepas siasatan dilengkapkan,” katanya. – MalaysiaGazette