HAVANA – Pesawat Southwest Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas burung melanggar enjin pesawat tersebut, kata syarikat penerbangan itu.
Semasa kejadian, pesawat Southwest Airlines sedang dalam penerbangan dari Havana ke Fort Lauderdale, Florida.
Rempuhan itu menyebabkan enjin berasap.
Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.
Juruterbang selamat kembali ke Havana dan penumpang terpaksa dikeluarkan melalui gelongsor, kata Southwest Airlines.
Semasa kejadian, pesawat Boeing 737 itu membawa 147 penumpang dan enam kakitangan.- Agensi