Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan di lima stesen bawah tanah di antara Stesen LRT Ampang Park dan Stesen LRT Masjid Jamek telah kembali beroperasi setelah masalah bekalan kuasa telah dipulihkan pada jam 9.51 malam ini.

Rapid Rail berkata, siasatan awal mendapati, gangguan berpunca daripada salah satu kabel yang tidak dapat menyalurkan bekalan kuasa ke stesen-stesen bawah tanah.

Namun, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan insiden ini berlaku agar ia dapat dielakkan pada masa hadapan.

Bagi membantu penumpang yang terjejas, perkhidmatan tren perantara telah disediakan di antara Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT Dang Wangi.

Perkhidmatan bas perantara percuma juga turut disedia melibatkan 8 buah bas di antara Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT Dang Wangi.

Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna akibat daripada gangguan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast