visa Malaysia
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.-Foto MUHD NA’IM, 10 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Menteri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian telah meneliti ketetapan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMN0 2022 dan daripada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.

“Berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” kata Saifuddin dalam kenyataan, hari ini.

Semalam media melaporkan, Menteri Dalam Negeri itu memaklumkan beliau belum lagi melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Saifuddin berkata, beliau belum berkomunikasi dengan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut memandangkan baru tiba dari Manila, Filipina.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan Pendaftar RoS menerima usul parti itu bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ahmad Zahid berkata, RoS sudah meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Katanya, tindakan RoS mengesahkan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO membuktikan keabsahan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. memang la untung yang tak untung org yang sakit hati x tentu pasal. hati hitam hahahaha

Comments are closed.