KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia (regulatory action) ke atas pihak Awesome Broadcasting Sdn Bhd (ABSB) susulan kemungkinan pelanggaran seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkat, sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen haruslah mematuhi peraturan dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).
Ia adalah berkaitan laporan stesen televisyen tersebut tentang jumlah penjawat awam di negara ini bakal dikurangkan.
“MCMC memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan para pemegang Lesen CASP (I),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut MCMC lagi, kegagalan mematuhi peraturan dan syarat lesen merupakan kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Artikel berkaitan:
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata, MCMC akan mengadakan pertemuan dengan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.