Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Invest Malaysia di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Tanda tanya sama ada Kadar Dasar Semalam (OPR) akan dinaikkan lagi pada Mei hanya boleh dijawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata Perdana Menteri.

“Itu tanya Bank Negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada sidang media selepas merasmikan Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejatuhan ringgit berterusan sejak kebelakangan ini yang akan menyumbang faktor kenaikan OPR tidak lama lagi.

Semalam, Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Edward Lee berkata, kenaikan OPR dijangka dibuat pada Mei ini selepas BNM mengambil langkah di luar jangkaan mengekalkannya pada paras 2.75 peratus Januari lalu.

Beliau berkata pihaknya, menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan mengekalkan kadar penanda aras pinjaman dan deposit itu pada paras semasa pada mesyuaratnya esok.

Pada Januari lalu, BNM menerusi MPC membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut tahun lalu.

OPR dinaikkan bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Nilai ringgit kembali dibuka rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah.

Pada 9 pagi ini, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan semalam pada paras 4.4710/4730. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. saya ulang saya ulang….sayalah KETUA MUNAFIK….MANA PM boleh pegang jawatan MENTERI KEWANGAN….bila masa saya akan kerjasama dengan PENYAMUN KAKI SAKAU UMNONGOK ZAHID
    jadi jangan FITNAH saya///// FITNAH dan MUNAFIK ibarat LAGU dan IRAMA tidak boleh dipisahkan

    SAYA jika JADI PM akan pastikan ROYALTI diberi KELANTAN TERENGGANU….TAPI saya TETAP MUNAFIKUN

Comments are closed.