Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Konglomerat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menarik diri daripada terlibat dalam projek pembinaan lapangan terbang yang dirancang untuk dibina di Kulim, Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Syed Mokhtar menelefonnya hari ini untuk memaklumkan keputusan itu kerana ia menelan kos berjumlah RM7 bilion.

Anwar juga  turut menerima surat daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai projek tersebut.

“Saya baru terima surat daripada Menteri Besar minta ditimbang. Cadangan itu daripada syarikat swasta dan katanya, syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan membantu menguruskan.

“Syed Mohktar hubungi saya tadi dan mengatakan ‘maaf Datuk Seri, saya tidak bersedia menjalankan projek itu’.

“Ini saya bercakap di Parlimen. Bila bila dapat maklumat itu, dia kata memang ada cadangan dan tidak mampu buat begitu kerana jumlahnya RM7 bilion,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, projek yang menelan belanja yang begitu besar seharusnya dilakukan dengan teliti dan melibatkan pelbagai pihak daripada Kerajaan Pusat.

“Yang Dipertua (Dewan Rakyat), RM7 bilion kalau orang nak bawa modal kemudian tak diteliti oleh unit perancangan ekonomi, tak diteliti oleh Kementerian Kewangan, tak diteliti oleh Kementerian Pengangkutan pakai umum macam itu sahaja. Ini perintah cara apa?

“Tak ada dalam projek begitu. Mana-mana negeri bila ada usul mesti diputuskan secara bersama agensi pusat. Ini belum berlaku.

“Kerana syarikat yang dibuat itu seperti yang disebut Menteri Pengangkutan ACKGroup yang dipilih sebagai rakan strategik pada Julai 2022 telah batalkan cadangan mereka,” kata Anwar.

Beliau bagaimanapun berkata, jika benar kerajaan Negeri Kedah mahu meneruskan projek itu pihak tersebut boleh mengemukakan cadangan untuk diteliti oleh Kementerian Kewangan.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) menjadi isu hangat dalam Dewan Rakyat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sanusi sangkal kenyataan Loke berkaitan projek Kedah Aerotropolis

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Menteri Loke cakap lain, PMX cakap lain. Tiba-tiba kata Syed Mokhtar tarik diri. Tak akanlah projek Mega hanya ada 1 syarikat sahaja yang boleh bina. 1 tarik diri 10 lagi yang akan datang. Ramai lagi pelabur-pelabur asing yang tengah tunggu.

  2. Denga bole, percaya jangan. Nak batalkan projek boleh call2 macam tu jeke? Projek berbiliun2 plak tu. Bau2 ikan lah bang non ni

  3. Rasanya tidak ada syarikat yg bodoh yg akan belanjakan 7 bio utk satu project lapangan Terbang yg agak terpencil di-utara, sedangkan sudah ada Lapangan Terbang antarabangsa di-Bayan Lepas. Dari segi pulangan balik, memang agak mustahil untuk mendapatkan semula Wang yg dilaburkan, walaupun dalam jangkamasa 20 tahun. Itu lah sebabnya Tan Seri Syed Mokhtar menarik diri.

Comments are closed.