Lim Guan Eng.-Foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan spesifik membatalkan pengecualian cukai yang diberi kerajaan Barisan Nasional kepada Yayasan Albukhary yang dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Dalam hantaran di laman Facebook, Ahli Parlimen Bagan itu menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan surat membuktikan beliau pernah mengeluarkan arahan pembatalan cukai tersebut.

“Sekiranya beliau gagal buat demikian, saya akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pembohongan Muhyiddin yang berniat jahat ke atas saya, memandangkan ia juga membabitkan tuduhan rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah kelak.

“Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berbohong dengan mengaitkan keputusan saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan,” katanya.

Kenyataan Guan Eng sebagai reaksi kepada inti pati  sidang media oleh Muhyiddin selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata: “Selepas PRU14, kerajaan gabungan PH tertubuh. Menteri Kewangan daripada DAP, Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah pun diluluskan kepada Yayasan Albukhary.”

3 Komen

  1. kenapa sejak Anwar jadi PM.Glamor betul nama bukhari ni..haritu pasal beras, pastu pasal lapangan terbang, pastu pasal derma 200 juta, ini pula pasal cukai. Tidak tahu lepas ini apa pula.Siapa bukhari sebenarnya ini

Comments are closed.