PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Gel Melawi, Bachok, pada 5.48 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada 8.15 malam mendapati mangsa, Fauzan Azamuddin, 34, telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Beris Kubur.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast