Wee Ka Siong bergambar dengan Chong Siw Lan (tiga dari kiri) dan Junaidah Ibrahim (dua dari kiri) ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan di Tangkak, Johor.

KUALA LUMPUR – Perbezaan agama tidak dapat memisahkan hubungan antara Chong Siw Lan dan adik bungsunya, Junaidah Ibrahim serta adik-beradik yang lain.

Siw Lan yang merupakan ibu kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Junaidah tetap mesra walaupun berbeza agama.

Menurut Ka Siong, atas faktor kemiskinan, kedua-dua mereka diserahkan kepada keluarga angkat sejak dilahirkan.

“Ibu saya menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga Cina manakala adik kandung bongsunya diserahkan kepada keluarga Melayu,” ,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Chong Siw Lan (kanan) dan Junaidah Ibrahim.

Malah katanya,, jarak dan perbezaan agama juga tidak memisahkan mereka dengan semua adik-beradik kandung yang lain.

Ka Siong yang bersyukur mereka ditemukan semula setelah terpisah buat beberapa dekad lamanya berkata: “Hari ini, Makcik Junaidah dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Tangkak.

Tambah beliau, ahli-ahli keluarga terdekat kepada 16 orang adik-beradik itu turut hadir meraikan hari istimewa ini. – MalaysiaGazette