Seorang lelaki yang disyaki pemimpin muda parti politik didakwa berucap menghina PM dalam ucapan di depan mahkamah semasa pertuduhan Muhyiddin di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis telah memulakan siasatan terhadap seorang pemimpin muda dari satu parti politik yang dikatakan berucap menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lelaki berkenaan dikatakan berucap di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini semasa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di mahkamah kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebuah klip video memaaprkan ucapan lelaki itu telah dimuat naik di aplikasi media sosial TikTok.

“Video berkenaan hasil penelitian memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda. Dalam video berkenaan lelaki itu dengan lantang menggunakan pembesar suara menyuarakan beberapa perkara yang mempertikaikan pemerintahan kerajaan semasa.

“Kejadian ini dipercayai berlaku di tepi jalan berhampiran kawasan letak kereta luar Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Eng Lai, pihaknyas telah membuat semakan di sebuah laman sesawang TikTok dan mengesahkan terdapat satu hantaran berdurasi 59 saat di laman web
https://www.tiktok.com/@pmx_10/video/7208721300012027162? t=8aWiMLaDOOV&_r=1 yang didaftarkan atas nama akaun @pmx_10.

“Siasatan awal mendapati ucapan individu itu mempunyai kecenderungan untuk memberi persepsi yang mungkin mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Polis memandang serius terhadap dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu  Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. manusia nak mengelirukan otak rakyat . siapa sebenarnya yang zalim . pencuri harta negara atau pemerintah yang menegak keadilan . rakyat jangan mudah terpedaya. . bukhari tak bayar cukai tapi bayar masuk dalam akaun polotik . sebenarnya ini sepatutnya hasil negara. tapi diselewing kelain . bila kerajaan bertindak kata zalim . siapa zalim sebenarnya . curi duit cukai itu halal ke disisi islam pas . ulamak politik dah kabur mata bila tengok wang berjuta .

Comments are closed.