Noraini
Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Noraini Ahmad mengesahkan beliau kembali dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi 2023 hingga 2023.

Pada status Facebook rasminya, Noraini mengucapkan terima kasih kepada Wanita UMNO yang masih memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi sayap UMNO itu.

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk terus meneraju Wanita UMNO sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia,” katanya, hari ini.

Jawatan utama sayap Wanita itu menjadi rebutan antara Noraini dan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Noraini adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi 2020-2023.

Justeru itu, Noraini mengajak semua Wanita UMNO untuk terus memperkasakan sayap parti itu.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast