Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Jumlah projek bagi Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputeraan Berwibawa (Jana Wibawa) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini berjumlah 67 projek.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua projek itu melibatkan peruntukan sebanyak RM7.163 bilion.

Mengikut pecahan projek ialah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebanyak dua projek, diikuti Jabatan Perdana Menteri (dua), Kementerian Air dan Sumber Asli (tujuh), Kementerian Kesihatan (satu), Jabatan Kerja Raya (tiga), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (42).

Manakala Kementerian Pendidikan sebanyak empat projek, Kementerian Pengajian Tinggi (empat), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pertahanan masing-masing satu projek.

“Jumlah keseluruhannya sebanyak RM7.163 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast