Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim. Foto: HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan, Bukit Aman yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, pertukaran jawatan Azmi itu akan berkuat kuasa 17 April depan.

Azmi pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Saiful Azly Kamaruddin. – MalaysiaGazette