Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023.

Kementerian Pendidikan berkata, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023 dan layak
dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

SASM tahun 2022 boleh diperoleh dari sekolah masing-masing pada 21 Mac 2023 mulai jam 10 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast