Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar) di Hotel Zenith, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 14 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Pembiayaan dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu ditambah baik agar menjadi lebih efisien.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inovasi dalam pembiayaan majlis tersebut perlu seiring dengan perkembangan semasa supaya dapat mengurangkan kos pembiayaan.

“Pembiayaan MARA memang sudah islamik namun perlu wujudkan inovasi baru yang dapat kurangkan kos pembiayaan dengan instrumen kewangan Islam yang lebih efisien.

“Bukan kerana apa yang ada hari ini ada riba, tidak ada riba, kita mahu bergerak lebih efisien,”  katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar).

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hala tuju sebagai Pengerusi MARA yang baharu.

Mengulas lanjut katanya lagi, MARA perlu konsisten membangunkan modal insan dengan latihan-latihan keusahawanan.

Ujar Asyraf, latihan-latihan yang diadakan perlu seiring dengan keperluan pasaran sedia ada yang akhirnya dapat membantu rakyat.

“Saya apa-apa pun saya mahu merakyatkan MARA. Bukan bermakna MARA itu jauh daripada rakyat tetapi kehadirannya dengan cabaran hari ini perlu dirasai dirasai oleh rakyat kerana apa yg dilakukan MARA cukup menakjubkan.

”Hari ini dunia tanpa sempadan memerlukan kita mendekati rakyat supaya MARA dirasai oleh rakyat,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast