Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – UMNO digesa melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Selangor dan membiarkan Perikatan Nasional (PN) menjalankan tugas itu.

Menurut Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau), UMNO sudah menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi  sebagai pembangkang di negeri itu.

“Saya dengar cerita di Selangor UMNO ada lima kerusi, PN ada tujuh kerusi tetapi Ketua Pembangkang tidak mahu berhenti sebab dia ingat UMNO masih pembangkang padahal UMNO kerjasama dengan PH.

“Dia kena berhenti dan bagi PN yang jadi Ketua Pembangkang di Selangor,” katanya ketika perbahasan sesi penggulungan Kementerian Belia dan Sukan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Awal hari ini, Kerajaan Negeri Selangor mengesahkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail sebagai ketua pembangkang negeri setakat ini.

Perkara itu disahkan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

Terdahulu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar ADUN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu.

Cadangan itu dibuat susulan Rizam yang juga ADUN Sungai Tawar daripada Barisan Nasional kini menjadi sebahagian kerajaan negeri selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada peringkat pusat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PH SELANGOR TAK HINGIN PUNGUT UMNO ni disebabkan melepasi “KEPERLUAN”. Lain di Perak dan Pahang UMNO perlu menunduk kepala ke buku lali menyembah PH untuk ditempatkan kedudukan tertinggi.
    AKAR UMBI UMNO SELANGOR ni sengal-sengal belaka tu lah SEBABNYA..
    tidak dapat dipastikan sehingga kini samada ahlinya;
    tahap tidak CERDIK atau
    tiada akal fikiran

Comments are closed.