Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Daerah Batu Pahat di Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 34,849 mangsa daripada 10,088 keluarga ditempatkan di 110 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah keseluruhan mangsa banjir di Johor kini adalah seramai 36,086 orang daripada 10,156 keluarga yang dipindahkan ke 116 PPS di empat daerah setakat pukul 6 pagi tadi.

Seramai 111 mangsa daripada 37 keluarga di daerah Muar, manakala Segamat mencatatkan seramai 102 mangsa daripada 29 keluarga dan Tangkak seramai 24 mangsa daripada tiga keluarga.

Keadaan banjir di Johor dilaporkan tidak berubah sejak semalam. – MalaysiaGazette