KUALA LUMPURĀ – Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan pejabatnya bagi tujuan tertentu.
“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab
sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti PMO dan institusi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut
perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara
sedemikian.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada individu dikenali Deepak berhubung kenyataannya mengenai isu import bekalan telur dari India.
Individu berkenaan didakwa menggunakan nama PMO. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Japan raya di Bangi amatlah teruk. Silap undi wakil rakyat bukan orang tempatan itulah jadi nys. Gaji dapat kerja tak jalan.