Gambar tular yang menyebabkan dua juruterbang SpiceJet dikenakan tindakan.

NEW DELHI – Dua juruterbang sebuah syarikat penerbangan swasta India dikenakan tindakan gantung tugas kerana didakwa minum kopi dan makan gula-gula di dalam kokpit ketika penerbangan.

Gambar yang  tular itu mencetuskan kemarahan ramai terhadap jurutebang di media sosial.

“Walaupun sedikit pergolakan udara laku dan kopi tertumpah ke elektronik, ia akan merosakkan sistem. Ini adalah tindakan jenayah,” kata pakar penerbangan Mohan Ranganathan, yang dilaporkan berkongsi gambar itu di Twitter.

Insiden itu terbongkar selepas gambar cawan terbuka yang diletakkan pada panel kawalan pesawat SpiceJet tular awal minggu ini.

Laporan mengatakan kejadian itu berlaku semasa pesawat berkenaan berada pada ketinggian 37,000 kaki pada masa gambar tersebut diambil.

Foto itu mencetuskan kemarahan, mendorong pengawal selia penerbangan India mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan tersebut.

SpiceJet pada hari Rabu berkata, ia sedang meneliti perkara tersebut dan telah menyiasat dua juruterbang, yang didakwa mengambil gambar itu semasa tidak bertugas.

“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka setelah selesai siasatan,” kata jurucakap syarikat penerbangan kepada akhbar The Times of India.

Peraturan penerbangan India membenarkan juruterbang dan anak kapal makanan dan minum di dalam kokpit tetapi di bawah garis panduan yang ketat.

Sebagai contoh, semua cawan perlu mempunyai penutup dan dibawa di atas dulang untuk mengelakkan tertumpah.

Insiden terbaharu dilaporkan berlaku dalam penerbangan dari New Delhi ke bandar timur laut Guwahati pada 8 Mac lalu.

Gambar itu menunjukkan dua keping pastri dan satu cawan kopi tidak bertutup, mempunyai logo syarikat penerbangan, diletakkan secara berbahaya pada tempat kawalan pesawat, manakala juruterbang, yang tidak kelihatan dalam gambar. – Agensi