Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia memantau rapi situasi keselamatan negara dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang menganggu -gugat keselamatan dan ketenteraman negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tahap keselamatan semasa adalah terkawal.

“PDRM memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin,” katanya dalam kenyataan di sini.

Masyarakat juga dinasihat agar tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tindakan sedemikian boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap kementerian tertentu buatlah program2 yang lebih berfaedah kepada rakyat teramai dan sentiasa berpandukan kepada perlembagaan.

    Tak usahlah membuat program2 yang tidak berfaedah!

    Jom semua nak2 muda kita sama2 tumbangkan pakatan hancing dalam PRU negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Comments are closed.