Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bukan sesuka hati tidak membenarkan Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum yang memerlukannya.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tindakan tanpa mengambil kira faktor tertentu akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Malah beliau turut kesal cadangan kaedah yang membolehkan pencarum menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan telah dipolitik oleh pembangkang.

“Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?

“Prinisp ini kena jelas kerana ada kesan pada dana pelaburan negara.

“Saya tak izinkan kerana pencarum yang ada RM10,00 ke bawah adalah 75 peratus punyai dana itu.

“Pencen nanti anak isteri nak makan apa sebab itu saya buat keputusan beri RM500 seorang supaya tabung naik sikit.

“Tapi apa pembangkang kata? Perdana menteri bodoh sebab ramai nak. Eh dengar sikit. Yang saya beri untuk orang miskin kategori RM10,000 ke bawah.

“Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Dialog Anak Muda Temu Anwar di  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Mengulas lanjut, Anwar menambah kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha dengan menambah bonus, elaun dan bantuan terutama kepada pekebun serta nelayan.

Kata beliau, tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur KWSP.

Jelas beliau, jumlah RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Era DAP PKR menjadi pembangkang mereka “mengakui” rakyat adalah BOSS dan perlu mendahulukan tapi setelah menjadi kerajaan puak ni terus pusing.
    Rakyat sedang merana dengan segalanya dibayar mahal. Rakyat ada yang dihalau oleh tuan/agent Rumah
    Rakyat terlalu memerlukan duit perbelanjaan segera memperbaiki kelangsungan kehidupan.
    Repair singki jamban atap pintu wiring api dan sebagainya amat mahal. Makanan mentah amat mahal dan segalanya perlu DUIT. Rakyat yang susah “memohon” duit mereka sendiri bukan duit KERAJAAN PH bukan duit BANK. Rakyat yang senang TIDAK AKAN memohon.
    Hanya satu yang murah di Malaysia hari ini dan hanya satu yang percuma iaitu Pemimpin kerajaan Dan putarbelit.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here