Keadaan di tempat nahas u di Jalan Persiaran Kewajipan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori cedera ringan selepas kenderaan yang membawa muatan simen terbabas lalu terbalik dan melanggar stor metro di bahu kiri jalan di Jalan
Persiaran Kewajipan dari arah Subang Kelana menghala ke USJ 6

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemandu mendakwa beliau tidak sengaja telah terlelap semasa kejadian kerana telah memandu jarak jauh dari arah Manjung, Perak menghala ke Subang Jaya untuk menghantar simen.

“Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan luka dijari tangan kiri,” katanya.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59.

Pihak polis trafik telah mengawal lalu lintas sepanjang proses mengalihkan lori tersebut dan selesai sepenuhnya pada jam 3.50 petang.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875. – MalaysiaGazette