KUALA LUMPUR – Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. meraikan pelanggannya dengan mengumumkan pemenang utama Peraduan IWK e-Bil Jer 2022.
Pelanggan dan pengguna e-bil IWK, Nurzulaika Kamaruddin yang berjaya mendapat tempat pertama dan membawa pulang sebuah kereta Proton Saga 1.3L.
Pemenang kedua, Salmawati Mansor memenangi sebuah Smart TV Prism+ 86 inci dan pemenang ketiga, Kee Meng Hua membawa pulang Apple Macbook Pro.
‘Peraduan IWK e-Bil Jer 2022’ dari 1 Julai 2022 hingga 15 Disember 2022 yang dianjurkan bagi mempromosi dan menggalak pelanggannya menyertai usaha pengebilan tanpa kertas demi persekitaran yang lebih baik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, peralihan kepada bil elektronik itu selaras dengan tanggungjawab semua pihak dalam menunaikan peranan masing-masing ke arah usaha pemulihan alam sekitar.
Sejak IWK melaksanakan penggunaan e-bil pada tahun 2018, pelbagai usaha promosi dilaksanakan bagi meyakinkan pelanggan beralih bukan sahaja kepada perkhidmatan itu malah penggunaan aplikasi mudah alih IWK.
Ini kata beliau, bagi memudahkan pelanggan menyemak maklumat akaun pembetungan mereka.
“Peraduan IWK e-Bil jer 2022 melibatkan kempen ahli-mencari-ahli (member-get-member) iaitu pelanggan perlu mendaftar kepada e-bil kemudian mengajak pelanggan yang lain untuk mendaftar IWK e-bil.
“Lebih banyak pendaftaran di bawah kod rujukan, lebih tinggi peluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” katanya.
Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohd Zainal Zakaria dalam majlis yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam di sini Jumaat lalu.
Kata Narendran, di samping tiga pemenang utama, seramai 10 pemenang lain juga berjaya merangkul hadiah sagu hati seperti Smartwatch Samsung Galaxy 4, Fitbit, Kerusi Urut Bergerak Ogawa, Pembersih Udara Ogawa dan Tab Huawei Matepad.
“IWK amat menghargai sokongan yang diberikan pelanggan dan berharap lebih ramai lagi akan terus mendaftar untuk e-bil agar dapat bersama berusaha ke arah pengurangan penggunaan kertas,” katanya.
Seramai 10 pemenang hadiah sagu hati ialah Mohamad Fahmi Saidon dan Lee Mei Ling masing-masing mendapat Samsung Smartwatch Galaxy Watch 4.
Gan Chin Ho dan Anis Mohammad Nor pula masing-masing mendapat Fitbit Versa 3 GPS Sartwatch, Mohd Nazri Abd. Wahab dan Muhammad Adib Aimurrahman (kerusi urut bergerak Ogawa).
Manakala Mohd Rashid Abd. Wahab dan Nur Azwani Abdul Aziz (pembersih udara Ogawa Ultimate Germagic dan Ng Yong Sheng serta Zalina Abu Bakar (Tab Huawei Matepad T10S 3GB+64GB BL). – MalaysiaGazette