Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bercakap kepada media selepas memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR –  Pelakon Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang baru memfailkan permohonan nusyuz dengan mendakwa dirinya curang selepas empat tahun kemelut rumah tangga mereka.

Puteri Sarah, 37, berkata, dia tidak takut dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya kerana dia percaya dirinya berada di pihak benar.

“Pihak saya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu.

“Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat.
Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini.

“Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalagan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23: Persetubuhan Luar nikah.

“Dalam pengetahuan saya, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.

“Saya merasa pelik dan hairan mengenai tuntutan Nusyuz ini, seolah-olah saya yang
memulakan kemelut rumahtangga ini.

“Saya berdoa dan berharap Insya Allah segala kebenaranakan ditunjukkan dan mohon didoakan segala urusan saya dipermudahkan. Doakan saya dan anak-anak untuk sentiasa kuat,” katanya dalam satu kenyataan kepada media petang ini.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Antara alasan diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. – MalaysiaGazette