Perlindungan hutan dapat mengurangkan risiko banjir. Gambar hiasan

SEMPENA Hari Hutan Sedunia pada tanggal 21 Mac, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hutan dilihat semakin meningkat hari demi hari dengan pendedahan dan pendidikan terhadap kepentingan hutan,permintaan ekonomi, peranan media dan sebagainya.

Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga keseimbangan ekologi
dan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang telah disepakati oleh anggota PBB pada tahun 2015.

Ancaman terhadap hutan tropika memberi impak kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari.

Ancaman terhadap hutan seperti eksploitasi dari aspek deforestasi, degradasi hutan, konflik sosial dan kebakaran hutan, dapat mempercepat perubahan iklim dan mengancam biodiversiti.

Oleh kerana itu, inisiatif untuk melindungi dan memulihkan hutan adalah sangat penting dalam mencapai matlamat pembangunan lestari.

Terdapat pelbagai kepentingan hutan terhadap ekologi dan SDG. Salah satunya ialah sebagai penyimpanan karbon dan mitigasi perubahan iklim Ini adalah kerana hutan dapat
menyerap dan menyimpan karbon di atmosfera yang berperanan penting dalam mitigasi perubahan iklim.

Hutan juga berperanan penting dalam kitaran hidrologi air dan mitigasi bencana. Hutan dapat mempengaruhi kitaran hidrologi dan mengurangi risiko bencana seperti banjir dan
tanah runtuh.

Justeru itu, hutan juga menyediakan sumber alam yang penting seperti kayu-kayan, ubat-ubatan, dan air yang bersih. Kelangsungan sumber alam ini adalah penting dari segi
ekonomi,kesihatan dan sosial juga sejajar dengan matlamat pembangunan lestari yang digariskan oleh PBB.

Kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem yang sihat merupakan komponen penting dalam hutan tropika.Hutan adalah habitat bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan, serta
memberikan pelbagai ‘ecosystem services’ yang penting bagi manusia seperti penyediaan oksigen dan penyerapan karbon.

Hutan dapat memberikan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai aspek dan memberi peluang ekonomi lokal. Sebagai contoh, hutan dapat memberikan bekalan makanan yang berlanjutan melalui agroforestry dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat yang tinggal di sekitar hutan melalui pengembangan ekonomi lokal.

Secara kesimpulannya, pengurusan hutan lestari adalah sangat penting untuk menjaga keseimbangan ekologi dan dalam mencapai matlamat pembangunan lestari (SDG).

Antara inisiatif- inisiatif yang dapat dilakukan adalah melindungi hutan dari eksploitasi deforestasi dan degradasi, penambahbaikan sistem pengurusan hutan lestari, mengembangkan agroforestry dan konservasi biodiversiti, serta mempromosikan penglibatan masyarakat dalam pengurusan hutan.

Dr. Mohamad Nazrin Abd Malik
Pensyarah Kanan,
Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti,
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast