Pemilik stesen minyak ,Pan Chib Chan didenda RM40 000 selepas mengaku bersalah membenarkan kenderaan pendaftaran asing mengisi petrol RON95 di Jalan Tun Abdul Razak Susur empat tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik stesen minyak didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah membenarkan kenderaan pendaftaran asing mengisi petrol RON95 di Jalan Tun Abdul Razak Susur di sini empat tahun lalu.

Phan Chib Chan,59 membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibaca jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim Datuk Che Wan Zaidi Wan Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh membenarkan kereta jenis pendaftaran asing itu membuat pengisian petrol bersubsidi RON95 sebanyaj 54 liter bernilai RM113 pada pukul 10.40 minit pagi 13 Mei 2019.

Ia juga merupakan pendakwaan pertama di Malaysia melibatkan kesalahan itu.

Perbuatan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan Kawalan Bekalan 1974 membabitkan kesalahan di bawah 21 (1) peraturan sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Muhama Sabiq Mohd Subri dan pegawai pendakwa, Raja Nor Ikhlas Raja Ariff.

Mengikut penghujahan Timbalan Pendakwa Raya, Chib Chan telah melakukan kesalahan sama sebanyak dua kali dan dikenakan kompaun.

Dilaporkan sebanyak 22 kes melibatkan penyalahgunaan minyak bersubsidi sedang disiasat sejak Januari tahun lalu sehingga Mac tahun ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast