Wanita warga China berjaya diselamatkan anggota bomba. Ihsan Bomba Selangor

SERI KEMBANGAN – Tindakan nekad seorang wanita warga asing yang cuba menjatuhkan dirinya dari tingkat tiga kediamannya di sebuah kondominium mewah di Puchong, berjaya diselamatkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Selangor, Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi negeri menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.27 petang tadi.

“Bertindak atas maklumat kecemasan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba telah berjaya memujuk wanita tersebut dan menyerahkan kes itu kepada polis,” katanya.

Morni berkata, siasatan awal mengesyaki wanita itu mempunyai masalah kesihatan mental. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast