Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang pertama selepas parti tersebut selesai mengadakan pemilihan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menang jawatan Naib Peresiden UMNO dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan.

Sementara Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang turut memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perkaderan Latihan dan Keahlian.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang pertama selepas parti tersebut selesai mengadakan pemilihan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2023.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga dipilih oleh ahli UMNO dalam pemilihan Sabtu lalu dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundangan dan Perlembagaan.

Pengumuman dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pertama selepas pemilihan berlangsung.-MalaysiaGazette