Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

KUALA LUMPUR – Umat ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari esok.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast