Bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 04 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada para penjawat awam dan pesara akan dibayar pada 17 April ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 23 Mac 2023.

BKKA 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 memperuntukkan RM700 buat penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Para pesara kerajaan turut menikmati BKKA sebanyak RM350 yang juga akan dibayar pada tarikh yang sama.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, bantuan khas Aidilfitri itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara,” katanya.

Artikel berkaitan: Penjawat awam dapat RM700 bantuan Aidilfitri

– MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dengar bantuan dah buat hati berbunga2,,,tapi masalahnya hanya untuk penjawat awam dan pesara kerajaan,,,bagaimana pula rakyat yg berkerja di bawah syarikat swasta,,,mereka ini pun tahu menggunakan duit,,,dan ada juga masalah yg membabitkan kewangan,,,pihak kerajaan haruslah mengkaji pula masalah rakyat di bawah syarikat swasta ni,,,,Kebanyakkannya gaji dibawah rm1800 sebulan,,,kalau bujang boleh la jimat sikit2 duit tu untuk belanja harian,,,bagaimana pula yg berkeluarga,,,,ada hutang kenderaan,,,rumah sewa,,,belanja anak sekolah,,,belanja harian,,,cukup le dengan gaji sebanyak itu,,,,rasanya baru saja gaji dah pun habis duit gaji itu,,,yg tinggal pun hanya sedikit duit belanja harian,,,Dengan keadaan ekonomi sekarang rm 50 cuma beli minyak masak dengan beras dah pun habis rm50,,,,,Berlaku adillah bab bantuan ini,,,kalau pihak pencen kerajaan sudah tentu ada elaun setiap bulan berdasarkan gaji semasa berkerja,,,Pihak swasta hanya harapan kwsp,,,Itu pun duit kwsp sudah banyak digunakan semasa pendamik covid 19,,,Berapa sen sangat lah yg tinggal untuk melayari masa tua individu itu sendiri,,,,Sekali lagi pihak kerajaan berlaku adil lah bab pembahgian duit bantuan,,,,jangan pandang sebelah pihak saja,,,,tetapi berlaku adil lah untuk semua rakyat tanpa mengira swasta @ kerajaan,,,

Comments are closed.