AMPANG – Taktik seorang wanita warga asing duduk menadah tangan bersama bekas bekas berwarna merah jambu untuk meraih simpati orang ramai di Bazar Ramadan di Keramat Permai mengundang padah.
Wanita itu diberkas polis semalam selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu ditahan ketika sedang mengemis di bazar tersebut.
“Anggota polis yang membuat pemeriksaan ke atas wanita itu mendapati dia menetap di negara ini tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Dalam pemeriksaan tersebut, polis turut menemui wang kertas RM1 berjumlah RM240,” katanya.
Tambah beliau, wanita itu telah dihadapkan ke Mahkamah Ampang pagi tadi dan dibenarkan direman selama 14 hari sehingga 7 April depan untuk membantu siasatan polis
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen sah dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955. – MalaysiaGazette
Sudah sampai masanya penguatkuasa PDRM, IMIGRESEN perlu bertindak tegas keatas PATI yg mengambil kesempatan dgn melakukan aktiviti menyalahi undang undang negara.