Zamri Misman

KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan pelantikan Zamri Misman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac lalu.

Beliau menggantikan Datuk Ruslin Jusoh.

Zamri, 51, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette