KUALA LUMPUR – Projek CORE Residence @ TRX dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.4 bilion yang sudah siap 70 peratus telah mencapao pembinaan rusuk akhir strukturnya.

Dengan ini, projek kediaman mewah tersebut dijangka siap pada akhir tahun ini.

CORE Precious merupakan usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) – salah satu daripada syarikat Fortune Global 500 dan WCT Holdings Berhad – salah satu syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka Malaysia dan juga pemaju hartanah.

Pengerusi dan Pengarah Urusan CORE Precious Development Sdn Bhd, Zhang Bao berkata, projek pembangunan kediaman pertama Tun Razak Exchange ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pembeli antarabangsa dan tempatan.

“Acara hari ini mengukuhkan lagi kedudukan CORE Residence @ TRX sebagai mercu tanda strategik dalam menarik pelabur antarabangsa untuk membeli hartanah di sini,” tambahnya

CORE Residence @ TRX pada masa ini mempunyai kadar pembelian sebanyak 80%, yang mana pembelinya dari lebih 20 negara seperti China, Singapura, Korea Selatan dan Jepun, dan Malaysia.

Katanya, pembangunan kediaman pertama dalam TRX, CORE Residence akan menjadi penanda aras untuk gaya hidup premium mewah di persekitaran itu kerana setiap kediaman dilengkapi dengan kemudahan kediaman kelas pertama dan tingkap luas dari lantai ke siling dengan reka bentuk dalaman yang menekankan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dalam unitnya.

Merentasi tanah pegangan bebas seluas 1.65 ekar, kediaman mewah itu terdiri daripada dua menara kediaman servis dengan 580 unit dan satu menara pangsapuri servis.
Menawarkan tujuh rekabentuk berbeza untuk pilihan, unit yang dibina adalah antara 624 kaki persegi hingga 1,022 kaki persegi. – MalaysiaGazette