KUALA LUMPUR – Semua pemimpin Malaysia berebut dan bangga dapat berjumpa dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud setiap kali mengadakan lawatan ke negara Semenanjung Arab itu.
Bahkan wujud unsur sindir menyindir dan peril memerli pihak tertentu terhadap pemimpin negara yang gagal mengadakan pertemuan dengan Penjaga Dua Kota Suci itu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sifat sedemikian tidak baik bagi Malaysia kerana ia akan merosakkan hubungan diplomatik antara kedua negara.
“Semua pemimpin Malaysia ke Arab Saudi nak jumpa Raja Salman. Masing-masing sibuk mendakwa dapat jumpa, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tak dapat jumpa.
“Manakala Anwar pula kata bukan tak dapat jumpa cuma Raja Salman kata tunggulah dua hari lagi tetapi Anwar kata dia tak boleh tunggu sebab ada perjumpaan lain.
“Semua orang nak jumpa Raja Salman, kenapa? Sebab Raja Salman ini seorang pemimpin yang berani, tegas dan membawa perubahan besar di Arab Saudi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Semalam Perikatan Nasional (PN) menyifatkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini adalah satu lawatan yang gagal.
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lawatan itu langsung tidak melibatkan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz atau Putera Mahkota Mohammed Salman, sedangkan dalam kenyataan media Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jemputan itu undangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Zaid berkata, pemimpin Malaysia yang hendak berjumpa dengan Raja Salman perlu tunjukkan sifat berani dan boleh membuat perubahan terhadap nasib rakyat negara.
“Pemimpin Malaysia kena ada sifat yang dimiliki Raja Salman, baru boleh pergi ke sana untuk berjumpanya. Bukan setakat pergi nak ambil gambar semata-mata.
“Apa pun, saya percaya pemimpin kita semua akan dapat bertemu dengan Raja Arab Saudi itu sebab beliau pemimpin muda yang akan memerintah lama lagi kerajaan Arab Saudi,” katanya. – MalaysiaGazette
2 orang raja akhir zaman yang sangat berpengaruh! Tapi betul ke kena tunggu dua hari lagi boleh jumpa? Itu ramai yang muskil?
raja paling zalim sadistik ganas buas merompak khazanah & keluarga sendiri berpesta pancung sula kepala setiap hariii