Dr Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menolak rayuan yang telah dikemukakan oleh penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff terhadap kes saman finah terhadap bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Pada prosiding atas talian, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar memerintahkan Kamarul membayar kos sebanyak RM10,000.

Latifah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada tahun lalu bahawa kenyataan Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan merupakan komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman.

Pada 29 April 2022, Khalid berjaya membuktikan pembelaan beliau bahawa komen yang dibuatnya terhadap Kamarul adalah wajar dan berpatutan.

Pada 28 Julai 2020, Kamarul Zaman memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk ‘Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pagar Makan Padi’.

Penulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul Zaman terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah’ melalui rencana bertajuk ‘Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast