KUALA LUMPUR – Tiga individu perlu dipertanggungjawabkan atas pembaziran masa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan mahkamah serta yuran guaman yang ditanggung oleh 41 defendan dalam kes pelucuthakan sivil berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, mereka ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dan bekas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Menurut beliau, mereka yang memulakan ‘sarkas’ tersebut apabila memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti pada Jun 2019 untuk mendapatkan semula RM270 juta dana yang dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ia adalah berita besar pada masa itu dan mendominasi tajuk berita ketika itu.
“Empat tahun kemudian, bab itu kini telah ditutup pagi ini apabila mahkamah rayuan memerintahkan semua wang yang dibekukan dikembalikan kepada perayu dalam tempoh dua bulan bersama dengan faedah terakru,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan kembali sejumlah RM21.1 juta yang sebelum ini telah dilucuthak selepas didakwa ia merupakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.
Sian See menambah, selepas berpuluh perbicaraan di mahkamah serta masa AGC dan mahkamah dibazirkan selama empat tahun, kerajaan pada dasarnya gagal dalam semua 41 kes pelucuthakan.
Beliau memberitahu, satu-satunya kes kerajaan ‘menang’ adalah apabila defendan tidak mencabar saman itu kerana mereka percaya bahawa mereka akan membelanjakan lebih banyak yuran guaman untuk memerangi kes itu berbanding jumlah yang diminta untuk dilucuthakkan.
“Atau mereka adalah institusi kerajaan seperti Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Tun Hussein Onn (ya, nampaknya wang yang dibayar Najib untuk buku dan untuk kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada badan kebajikan juga didakwa pengubahan wang haram),” jelasnya.
Sian See berkata, akhirnya, satu-satunya pihak yang mendapat manfaat ialah peguam persendirian yang dibayar yuran tinggi oleh 41 defendan.
“Orang ramai dan kerajaan tidak mendapat apa-apa kecuali banyak membuang masa dan perbelanjaan undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette
Nasib Gopal Ram sudah mati maka tidak boleh dituntut gantirugi tetapi lagi 2 orang patut bayar melainkan mereka juga pun mati atas kesusahan orang serta penindasan kepada waris-waris yang teraniya
niat mereka busuk sbb memiliki hati busuk dan diarahkan oleh ‘ tokoh’ berhati syaitan.
Memang sepatutnya diambil tindakan keatas kedua manusia yg masih bernafas tu. Memalukan negara kerana kebodohan mereka. Tapi itulah hakikatnya bila dajal menguasai pemikiran.
Kes kes yang dikaitkan dengan DSNR juga adalah sendiwara politik yang dibuat buat oleh orang orang yang busuk hati demi mencapai matlamat politik. Lihat saja muka lateefah koya yang koyak dan tidak bercahaya dan yang sekumpulan dengannya. Ya Allah kenapa lah tuhan jadikan kau manusia.. Kerana kau orang semua rakyat dan negara mendapat musibah sebab sumpah laknat orang yang di anianya.
Siapa yg melantik mereka? TM juga patut didakwa
Madeylah mastermindnya. Knp Madey tak kena tempiasnya. Mrk itu semua barua Madey.
semua sbb kimak si tua bngsat madet kerala
Latifaa Koyak ni muka pun nampak jahat…. Pakistan mari ka…..
dia berasal dari kerala…masuk malaysia ketika berumur 12 or 11 tahun…dapat kerakyatan malaysia….
semua tiga ekor syaiton ini berasal dari benua yg sama….
All the drama must stop, a waste of rayats trust, please elect the legal eagles with integrity and smart in executing their duties for the nation and rayats. we need more funds fr Devt purposes esp.in Sabah /Sarawak rural villages, schools, hosp. clinics govt quarters etccc… still in dilapidated conditions.
cases go go either way. AG then believed that there was a case. Then up to court to decide. Not all cases have to favor prosecution. Surprise why S Ram’s name is dragged as he already passed away. Can’t blame Latifah as final decn to prosecute lies with AG.
Cases can go either way. AG then believed that there was a case. Then up to court to decide. Not all cases have to favor prosecution. Surprise why S Ram’s name is dragged as he already passed away. Can’t blame Latifah as final decn to prosecute lies with AG.