KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi harga siling yang ditetapkan,” katanya.
Kerajaan juga katanya akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- MalaysiaGazette