Nor Azlinawati Ishak dan anaknya, Ahmad Nazeril Hafiz Mohd Nisfal.

LIPIS – Nilai sumbangan RM100 amat besar bagi mereka yang memerlukan.

Bagi Nor Azlinawati Ishak, 41, sumbangan itu amat diperlukan berikutan beliau sekeluarga tiada pendapatan tetap kerana baru sahaja menjadi warga Sungai Koyan.

Azlinawati sekeluarga berpindah dari Johor ke Lipis menyifatkan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sememangnya berharga kepada anaknya, Ahmad Nazeril Hafiz Mohd Nisfal yang baru menaiki darjah satu.

“Terima kasih banyak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Banyak dengan RM100 ini dapat membantu untuk keluarga kami.

“Kami baru pindah dari Johor ke Sungai Koyan disebabkan pendapatan tetap tiada, sumbangan ini memberikan peluang kepada kami membelikan barang keperluan kepada anak,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan di Lipis hari ini.

Sarina Mohd Zahari, 38, bersama anak lelakinya Mohd Aish Zarif Mohd Abdul Rais di Lipis hari ini,

Manakala bagi Sarina Mohd Zahari, 38, pula berharap dapat membeli barang keperluan tambahan seperti yang diinginkan oleh anak lelakinya, Mohd Aish Zarif Mohd Abdul Rais yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

“Hajatnya hendak beli barang kelengakapan yang anak mahukan seperti alat tulis, buku latihan dan tambahan di kedai buku nanti.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang memberikan BPP. Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan memberi suntikan semangat kepada murid baru masuk sekolah,” katanya.

Siti Nur Suraya Jasman, 21, bersama anak saudaranya, Nur Aira Farisha Mohd Farhan di Lipis hari ini.

Sementara itu, bagi Siti Nur Suraya Jasman, 21, yang mewakili ibu bapa anak saudaranya, Nur Aira Farisha Mohd Farhan berkata bantuan itu diperlukan bagi menampung kos pendaftaran pelajar tahun satu.

“Baru masuk darjah satu memang banyak nak guna duit, jadi RM100 sangat membantu ibu bapa. Mungkin ada keperluan buat pembelian kasut sekolah baharu,” katanya.

Seramai seramai 102 orang murid Tahun satu di SK Koyan, menerima BPP hari ini.

Wan Rosdy menyerahkan kepada penerima Bantuan prihatin Pahang (BPP) bagi kluster tahun 1 di Sk Koyan hari ini

Di Pahang, semua 25,146 pelajar tahun satu mendapat RM100 menerusi BPP 2023 yang diagihkan bermula 7 Mac lalu sehingga 7 April nanti. – MalaysiaGazette