Home Nasional Pemandu bas guna telefon bimbit ketika memandu diminta serah diri

Pemandu bas guna telefon bimbit ketika memandu diminta serah diri

KUALA LUMPUR – Polis meminta seorang pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu untuk tampil menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.

“Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mat Kasim berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM 9815 dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Ujarnya, JSPT menggesa pemandu bas terbabit segera menyerah diri ke balai trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke [email protected],” tambah beliau. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast