IPOH – Polis menahan seorang pemandu kereta kerana dipercayai terbabit dalam insiden menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing, dekat Batu Gajah, seperti yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar Changkat Larang, Lahat, pada sekitar jam 3 pagi tadi.
“Suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Terdahulu,polis memaklumkan sedang mengesan pemilik kereta jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut susulan menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.
Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan.
— BERNAMA
Kenapa masih ada lagi manusia yg ber IQ GORILA di Malaysia. Ada kah sifat semulajadi atau sengaja untuk khianat atau mencari upah yg senang dari taukeh kedai tayar.
JAIS sila tangkap org berzina