KUALA LUMPUR – Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 April hingga 7 Mei, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.4) 2023.
“Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik.
“Purata harga minyak masak sawit mentah untuk Mac 2023 adalah RM4,139 pe tan metrik berbanding Rm3,908 per tan metrik pada bulan Februari.
“Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, haari ini.
Menurut Salahuddin, petapan harga kekal itu juga bagi memastikan rakyat dapat terjejas dengan sebarang kenaikan ketika musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri kelak.
Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sabit kesalahan bagi individu, boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000, kata KPDN. – MalaysiaGazette