Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pemandu terjunam ke dalam sebuah kolam bersama lori yang dipandunya selepas terbabas dalam kejadiam jam 9 malam tadi di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata. mangsa Mohd Azrifazrin Abdul Razak, 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Kilang Intelligent Point Sdn Bhd, Jalan Pintasan Sungai Ular melibatkan sebuah Lori Rigid Nissan yang dipercayai terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian pemandu yang datang dari arah kawasan tempat memproses bahan mineral batu seperti besi dan bauksit dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam kolam.

Wan Zahari berkata, hasil siasatan diperoleh berdasarkan keterangan saksi awam yang melihat bagaimana kejadian berlaku.

Manakala hasil pemeriksaan lanjut polis mendapati cukai jalan kenderaan yang dipandu mangsa telah tamat pada 19 Mac 2015 itu dimiliki oleh syarikat persendirian.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen Sek 304A Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette