PUTRAJAYA – Kaum majoriti di negara ini diingatkan agar tidak terlalu selesa dan angkuh.
Sebaliknya mereka perlu menghargai hak kaum minoriti yang lain, nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, golongan majoriti iaitu Melayu Muslim negara ini perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kerajaan Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu.
“Pada waktu malam, Perdana Menteri, Hun Sen anjur iftar bersama 6,000 umat islam di Kemboja. Umat Islam di Kemboja hanya 10 peratus jadi saya diberi penghormatan dan berucap, seterusnya ke masjid di Pnom Penh.
“Saya sebut ini kerana negara majoriti Buddha meraikan umat 10 peratus dengan anjur iftar dan lantik menteri Muslim. Jadi ini satu pengajaran kadang-kadang kita majoriti rasa selesa dan angkuh anggap demikian tidak boleh raikan kelompok.
“Ini bukan dianjurkan oleh pengajaran dan pedoman Rasulullah SAW dalam Perjanjian Madinah di mana kita rangkul satu kekuatan asalkan mereka tunduk dan tidak memerangi kita.
“Sebab itu, sementara menjaga majoriti Melayu Muslim di Malaysia, kita ada prinsip menghormati dan memberi hak kepada semua warganegara,” katanya yang berkongsi lawatan ke Kemboja baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Minggu lalu, Anwar bertemu Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari ke Kemboja sempena lawatan sehari ke negara berkenaan.
Pada lawatan itu, kedua pemimpin negara turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerajaan Malaysia dan Kemboja.
MoU berkenaan berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja dalam sektor domestik serta pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja di sektor formal bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh. – MalaysiaGazette

















sila bagi bukti bahawa orang melayu aniaya kaun minoritii? Manusia trkaya d Malaysia bangsa apa? Satu2nya negara yang wujudkan sjk ni negara apa?
“Balik India/China la kalau lu x suka duk negara ni”
“Kita mesti hapuskn sekolah vernakular”
Bukti berlambak, ko je mls cari
kepala hotak kaulah bang non. sejak bila majoriti angkuh?. setahu aku kaum minoriti yg semakin lama semakin angkuh.
“Menurutnya, golongan majoriti iaitu Melayu Muslim negara ini perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kerajaan Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu.”
Aku cukup suka n bangga dapat PM macam nie…betul aku cakap kt korang tak rugi ada PM macam nie….
Tapi sesiapa bagitahu aku tak,kenapa org rohingnia kt malaysia digelar pelarian ye,kenapa bukan pelancong…kenap jadi macam 2,sapa boleh tanyakn dekat PM malaysi tak…
nasihat aku untuk anwar ibrahim,umo da lanjut,bodoh 2 simpan sikit untuk biat wasiat,jangan guna abis…
admin tolong siarkn komen ini…