Polis berkas lelaki intai isteri jiran mandi di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

BAYAN LEPAS – Seorang operator kilang ditahan selepas didapati mengintai isteri jirannya yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Seronok di sini, semalam.

Tindakan terkutuk lelaki itu hanya disedari wanita berusia 34 tahun terbabit selepas menerima video yang dirakam anak jirannya menunjukkan suspek sedang mengintai dari bahagian belakang bilik mandinya kira-kira jam 8 pagi.

Berdasarkan video itu, suspek didakwa mengintai pereka grafik terbabit dengan secara berdiri di atas kerusi.

Difahamkan, mangsa yang terkejut dengan video diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp itu kemudian memaklumkan kejadian kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, mengikut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berusia 32 tahun itu ditahan sejurus pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

“Hasil soal siasat mendapati suspek telah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya di Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast