Nushi Mahfodz

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah pada malam tadi.

Ketua Penerangannya, Nushi Mahfodz berkata, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Beliau berkata, perbuatan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang berpuasa.

“Pas Selangor mengajak semua wakil agama di negara ini mengecam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu yang telah mencemarkan kesucian masjid ketiga yang mulia dalam Islam atas dasar keadilan dan kemanusiaan sejagat.

“Pas Selangor konsisten dalam mempertahankan aqidah Islam dan umatnya serta bertegas menolak kewujudan Israel sebagai sebuah negara berdaulat di rantau Asia Barat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Awal pagi tadi, dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden serangan oleh rejim Zionis di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Serangan itu mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Serbuan itu dilakukan sebelum masuk waktu Subuh, dengan polis Israel mendakwa mereka bertindak balas terhadap ‘rusuhan’.

Sebelum ini, tentera zionis telah berbalas serangan dengan rakyat Palestin di Bandar Huwara yang terletak di Tebing Barat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. TIADA atau ADA kaitan kata-kata Speaker Parliament???
    katanya kalau tak nampak itu adalah fitnah.
    PAS SELANGOR nampak ke Israel tu serang Palestine?
    Penyokong Ahli Pemimpin dan Pemerintahan Welanon tak kutuk pun Israel!!!!
    Ke Welanon Welanon ni tak kisah SEBABNYA lebih *utamakan* sibuk untuk agih-agih dan menagih kerusi calon PRN nanti…

Comments are closed.