Azlan Man

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar esok.

Memetik laporan Berita Harian Online, Azlan akan didakwa atas pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan itu menyebut Azlan akan dibawa pukul 8.30 pagi ke Mahkamah Sesyen Kangar.

Untuk rekod, Azlan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018 sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Bekas Menteri Besar Perlis ke tujuh itu didakwa atas tuduhan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Azlan Man nak kena sumbat? boleh la request tempat sama BOSS tur boleh borak-borak minta sekali pengampunan.
    Didakwa mengemukakan/mengesahkan dokumen butiran palsu kulit kacang je..
    Cakap kat Hakim bahawa *pegawai awam dan perunding awam” telah sembang semua cleared legal atau copy je alasan president tu. Atau hang habaq kat Hakim tu pada hemat batugemala hang dapati “kertas yang disign tu tulin tiada tumpah dakwat” (tulin teringat Kes sodok). Lagi pun president hang takkan nak biaq hang beraya kat dalam…. kalau dia buat derkk hang bisik kat telinganya pisst hang nak rasa ka…..

Comments are closed.