The Pearl Kuala Lumpur kini menawarkan pakej Ramadan Iftar Staycation termasuk bersahur ketika ini.

KUALA LUMPUR – Trend bersahur di hotel kini menjadi pilihan warga kota sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apatah lagi, ia lebih meriah apabila terdapat pakej yang melibatkan berbuka puasa dan penginapan sekali hingga berjaya menarik pengunjung terutamanya pada hujung minggu.

Kebanyakan tetamu memilih untuk bersahur di hotel hadir dengan ditemani kaum keluarga serta sahabat handai dengan memilih hotel yang terletak bukan di tengah bandar agar dapat menikmati malam tenang dan jauh dari kesibukan trafik.

Terletak di Jalan Klang Lama, The Pearl Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang ideal untuk percutian sepanjang Ramadan untuk menikmati sahur dan berbuka puasa dalam usaha memberi pengalaman baharu kepada tetamu.

Lebih menyeronokkan hotel ini turut menyediakan surau yang selesa dan membuatkan tetamu beragama Islam tenang dan damai sepanjang hari tanpa perlu keluar bersolat di masjid atau surau berdekatan.

Malah jika anda bernasib baik, tetamu juga boleh memenangi hadiah cabutan bertuah wang tunai bernilai RM5,000 dan penginapan percuma pada masa akan datang.

Pengarah Jualan hotel itu, Aliza Zain berkata, pihaknya telah mempromosikan lebih awal sebelum menjelangnya Ramadan untuk menawarkan pakej istimewa terbaik khususnya buat mereka yang ternanti-nantikan pakej Ramadan Iftar Staycation yang merangkumi penginapan, buka puasa dan bersahur.

Beliau berkata, tujuan pakej itu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan semasa umat Islam dalam mencari pakej penginapan yang berbaloi kepada mereka untuk bercuti bersama keluarga dan rakan.

“Sambutan pakej ini sangat menggalakkan dan ia memang mendapat sambutan hangat kerana sangat berbaloi kepada tetamu.

“Ini kerana mereka dapat berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan bermula dengan berbuka puasa, bersolat tarawih di suara, kembali untuk moreh dan bermalam di sini sebelum bersahur keesokan harinya,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Aliza memberitahu, harga  Ramadan Iftar Staycation bagi biliki deluxe untuk seorang adalah RM268 termasuk penginapan dua hari satu malam, sahur dan berbuka puasa.

Bagi bilik deluxe berdua katanya, harga ditawarkan adalah RM388 sambil menyifatkan ia harga yang berpatutan untuk bercuti bersama orang yang tersayang.

“Dengan bilik-bilik yang selesa, kafe yang luas untuk berkumpul bersama sambil menikmati juadah ryang lazat, The Pearl ini  memberikan pengalaman penginapan yang tidak akan dilupakan kepada tetamu kami,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Harga buffet Ramadhan seorang pelahap pro projek perut cepat boroi yang cukup dimakan empat orang.

Comments are closed.